- RALAT: BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG KE-29 KOBANGI2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat Ralat di dalam buku laporan tersebut iaitu: (a) Tarikh tertera di muka depan buku laporan adalah 25 Mei 2025 diubah kepada 15 Jun 2025. (b) Rujuk mukasurat 69 :Nama: Siti Farah Md Tohit diubah kepada Nama: Siti Farah Md Tohid 3. Bersama memo ini disertakan… Read more: RALAT: BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG KE-29 KOBANGI
Mengenai Kami

Koperasi Penduduk Bandar Baru Bangi atau ringkasnya KOBANGI, telah ditubuhkan pada 18 September 1995.
KOBANGI ditubuhkan sebagai koperasi Perkhidmatan dengan objektif utama untuk membantu membangunkan sosio-ekonomi anggota-anggota nya.
KOBANGI merupakan anak kandung Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan pada tahun 1977. Resolusi untuk menubuhkan KOBANGI telah dibincang dan dipersetujui dalam Majlis Perhimpunan Penduduk Bandar Baru Bangi Pertama pada 16 Januari 1991. Anggota Lembaga KOBANGI yang telah berkhidmat sejak penubuhan KOBANGI wajar diberi setinggi – tinggi penghargaan di atas jasa dan sumbangan yang diberi sehingga membawa kejayaan kepada KOBANGI ke hari ini.
KOBANGI telah memulakan aktiviti perniagaan didalam sektor hartanah dimana sehingga tahun 2022, KOBANGI telah memiliki 5 premis komersial untuk disewakan dan 2 bidang tanah untuk pembangunan.
Visi dan Misi

Nilai Teras

Projek-Projek KOBANGI
Video Projek-Projek KOBANGI