SYER MINIMA RM500.00 BAGI ANGGOTA KOBANGI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 pada 19 Jun 2022 telah meluluskan pindaan Undang Undang Kecil
    koperasi bagi menaikan syer minima keanggotaan dari RM100.00 kepada RM500.00. Semua permohonan
    keanggotaan baharu dikehendaki melabur syer minima RM500.00 manakala anggota sedia ada yang memilki
    syer kurang dari RM500.00 perlu mencukupkan syer dalam tempoh satu tahun dari tarikh pindaan undang
    undang kecil ini dikuatkuasakan pada 6 September 2022.
  2. Mesyuarat Anggota Lembaga KOBANGI Ke-6 pada 3 Mac 2024 telah bersetuju dan meluluskan
    cadangan bagi memastikan semua anggota yang masih memegang syer kurang dari RM500.00
    untuk menambah tabungan kepada jumlah minima.
  3. Bersama ini saya lampirkan Cabutan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 pada 19 Jun 2022
    dan Cabutan Minit Mesyuarat Anggota Lembaga KOBANGI Ke-6 pada 3 Mac 2024 bagi menjelaskan
    perkara ini yang telah pun diluluskan pelaksanaan nya.
  4. Sehubungan itu, mesyuarat juga menetapkan tarikh 31 Disember 2024 sebagai tarikh akhir bagi semua
    anggota yang berkenaan untuk memastikan jumlah syer telah mencapai jumlah minima RM500.00 walaupun
    tarikh kuatkuasaan telah tamat pada 5 September 2023. Ini dapat memberi masa yang cukup dan tidak
    membebankan anggota-anggota berkenaan.
  5. Setakat November 2024, bilangan anggota dalam kategori ini adalah 102 orang. Penyata syer terkini bagi
    semua anggota boleh diakses di sistem iKOOP bagi memastikan jumlah syer menepati syarat syer minima
    RM500.00. Sekiranya pada 31 Disember 2024 anggota yang tidak memenuhi syarat ini akan secara otomatik
    dilucutkan dari keanggotaan KOBANGI dan wang syer akan dikembalikan semula kepada anggota berkenaan.
  6. Memo tentang perkara ini telah dimaklumkan kepada semua anggota melalui Kobangi Whatsapp Group
    pada 16 Jun 2024 (KOBANGI/SU/MEMO (10)/2324 bertarikh 15/6/2024). Diharapkan semua anggota
    berkenaan dapat mengambil perhatian tentang perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Scroll to Top